BNM sedia kriteria wajib dipatuhi demi keselamatan sistem perbankan

Semua bank wajib tepati ciri-ciri keselamatan ditetapkan BNM jamin keselamatan pengguna

1mdb
MPC memutuskan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas setelah mengambil kira prospek pertumbuhan dalam negara yang terus berdaya tahan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setiap bank dalam Malaysia harus menepati kriteria keselamatan yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menjamin keselamatan setiap pengguna akaun. 

Ketua Keselamatan Siber, Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Mohamad Zulfahmy Roslan dan Ketua Biro Teknologi Komuniti Sumber Terbuka Malaysia, Harisfazillah Jamel menegaskan bahawa setiap bank dalam negara wajib menepati syarat yang ditetapkan BNM. 

“Berdasarkan garis panduan yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu Risk Management in Technology (RMiT), pihak bank diwajibkan untuk mengendalikan ujian keselamatan secara berkala.

“Selain itu, pihak bank juga membuat ujian keselamatan secara dalaman setiap bulan bagi memastikan setiap aplikasi mereka kekal selamat. BNM secara dasarnya telah mewujudkan persekitaran keselamatan yang tersusun dan pihak bank yang akan melaksanakan mengikut panduan yang telah diberikan,” ujarnya dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.

Baru-baru ini, bekas penggodam, Aman Shah Ahmad mendakwa sesetengah bank di Malaysia menggunakan program bersikap terbuka (open source) sahaja demi bermakna ia kurang selamat bagi menjimatkan kos.

Namun dalam kenyataan tersebut, Mohamad Zulfahmy dan Harisfazillah berkata, sistem keselamatan perbankan yang dipilih bergantung pada bank itu sendiri.

“Terdapat beberapa sistem baharu yang telah diperkenalkan salah satunya ialah sistem secure verification menggantikan sistem legasi Transaction Authorisation Code atau TAC di mana aplikasi perbankan meminta kebenaran pengguna melalui pemberitahuan atau ‘push notification’ ke telefon mereka.

“Sesebuah sistem di bank adalah bergantung kepada bank itu sendiri bagi mengemas kini atau update perisian mereka kepada pengguna bagi mengatasi kebimbangan mengenai keselamatan dan kestabilan institusi kewangan, sektor kewangan secara keseluruhan dan sistem pembayaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya