Banjir termenung: Mangsa terus berlindung di PPS  - Utusan Malaysia

Banjir termenung: Mangsa terus berlindung di PPS 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Banjir semakin pulih di negeri ini namun jumlah mangsa yang ditempatkan di 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tidak banyak berubah, iaitu 996 orang daripada 380 keluarga.

Ini kerana kediaman mereka yang terletak di sekitar Sungai Golok di Pasir Mas masih digenangi air banjir yang berpunca daripada limpahan sungai tersebut, biarpun cuaca panas sepanjang hari ini.

Berdasarkan portal eBanjir kerajaan negeri, sehingga pukul 5 petang ini, sebanyak 11  PPS masih dibuka di Pasir Mas dengan jumlah mangsa 917 orang daripada 357 keluarga.

Dua lagi PPS masih dibuka di Tanah Merah yang kini menempatkan 79 mangsa daripada 23 keluarga.

Sementara itu, bacaan terkini dipaparkan infobanjir.water.gov.my mendapati paras air Sungai Golok di Rantau Panjang kini mencapai 10.16 meter, masih melepasi paras bahaya 9 meter. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya