Banjir surut, mangsa di Terengganu tinggal 1,218 - Utusan Malaysia

Banjir surut, mangsa di Terengganu tinggal 1,218

SALAH seorang penduduk Taman Perumahan Rakyat Telok Kalong di Kemaman menjemur kasut-kasut dan barangan lain miliknya selepas banjir surut. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Banjir gelombang keempat di Terengganu beransur pulih dengan hanya 1,218 mangsa membabitkan 321 keluarga yang masih ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini, setakat pagi ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, bilangan itu turun 781 orang berbanding 1,999 mangsa membabitkan 519 keluarga yang direkodkan pada pukul 6 petang semalam.

Katanya, setakat pukul 8 pagi ini, mangsa terjejas banjir di Kemaman kini 766 orang membabitkan 197 keluarga manakala Dungun pula seramai 452 mangsa dengan 124 keluarga.

“Memasuki hari keenam banjir bagi gelombang keempat, kita menjangkakan lebih ramai penduduk yang akan pulang ke rumah masing-masing hari ini berikutan keadaan cuaca yang baik tanpa hujan,” katanya kepada pemberita di sini.

Che Adam berkata, cuaca di Terengganu diramalkan baik di sebahagian besar daerah sehingga tiga hari lagi di samping paras air di sungai-sungai utama yang turut mencatatkan trend penurunan ketara.

Kelmarin, Terengganu mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi melebihi 8,000 orang sepanjang melalui empat fasa bencana itu sejak 18 November lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya