Anwar tidak boleh dipercayai-Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Anwar tidak boleh dipercayai-Dr. Mahathir

DR. Mahathir Mohamad berucap pada majlis Amanat Perjuangan 2021 di Hotel De Palma Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilabelkan sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai selepas menolak tawaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk bekerjasama menerusi Pakatan Harapan (PH) Plus. 

Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pihaknya amat terkilan dengan sikap Anwar yang dilihat enggan bekerjasama dan menolak pelawaannya apabila menawarkan diri untuk menjadi Perdana Menteri bagi tempoh enam bulan. 

“Apabila PH kalah dan tidak lagi menjadi kerajaan, kita cuba untuk bekerjasama dengan beliau meskipun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak lagi berada bersama PH.

“Menerusi PH Plus, kita tawarkan diri untuk bekerjasama dengannya dan PH, namun, Anwar menolaknya bulat-bulat. Oleh demikian, yang menolak tawaran ini bukan saya tetapi dia,” katanya ketika ditanya berhubung tawaran Anwar termasuk kepadanya untuk bekerjasama dalam PH.

Terdahulu, Dr. Mahathir hadir ke program Amanat Perjuangan 2021 Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri itu berkata, pihaknya juga kecewa apabila tawarannya untuk meletak Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri juga ditolak Anwar. 

“Saya beri nama Shafie pun dia tidak mahu dan nak juga jadi Perdana Menteri.

Dia kena tahu, dia tidak boleh jadi Perdana Menteri kalau tidak ada sokongan yang cukup,” ujarnya. 

Mengulas berkenaan hasrat Anwar untuk meletak jawatan jika tidak mendapat sokongan majoriti di parlimen, Ahli Parlimen Langkawi itu mengakui dia sudah lama mengenali sikap Anwar dan sudah memahami tindak tanduk pemimpin berkenaan. 

“Kita hitung tengok Anwar adakah dia pernah tunai janji? Berapa kali dia hendak jatuhkan kerajaan? 

“Kalau hendak percaya lagi dengan apa dia kata itu masalah kamu (rakyat) tetapi saya tidak percaya apa sahaja dia cakap. Saya cuba bekerjasama dengan dia hingga sanggup mengenepikan pendirian sendiri semata-mata untuk bekerja dengannya,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.