Ahmad Zahid menghadap Sultan Perak - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid menghadap Sultan Perak

KENDERAAN Ahmad Zahid tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Kinta di sini pagi ini bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berikutan kemelut politik negeri ini.

Ahmad Zahid tiba dengan menaiki kereta jenis Toyota Vellfire pada pukul 9.45 pagi.

Difahamkan, Ahmad Zahid mahu menyembah maklum kepada Sultan Nazrin keputusan menyuarat khas Badan Perhubungan UMNO Perak yang diadakan di Bangunan UMNO Perak di sini malam tadi.

Pada mesyuarat itu semalam, pengamal media yang menunggu Ahmad Zahid sejak pukul 8 malam, gagal mendapat komen beliau yang enggan memberikan sebarang kenyataan.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti sebagai Menteri Besar daripada ahli dewan dalam undi usul percaya terhadap beliau.

Dalam undian daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu, sebanyak 48 undi menolak usul percaya berbanding 10 yang menyokongnya manakala satu undi rosak atau berkecuali.

Usul tersebut dibawa ADUN Pengkalan Baru dari UMNO, Abd. Manaf Hashim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya