Abdul Rashid dilantik Presiden FAP baharu - Utusan Malaysia

Abdul Rashid dilantik Presiden FAP baharu

ABDUL RASHID ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Abdul Rashid Ismail dipilih sebagai Presiden FAP baharu bagi tempoh 2020 hingga 2022.

Abdul Rashid, 77, yang mempunyai pengalaman selama 50 tahun dalam pengurusan bola sepak Pulau Pinang dipilih memegang jawatan itu berkuat kuasa semalam menerusi Mesyuarat Agung Tahunan FAP 2020 yang berlangsung di sini.

Sebelum ini, jawatan tersebut disandang Dr. Amar Pritpal Abdullah namun terpaksa digantikan baharu selepas beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Penang FC (PFC).

Abdul Rashid berkata, dia mempunyai misi dan azam yang tinggi dalam mengembalikan semula era kegemilangan bola sepak dalam kalangan belia termasuk di sekolah-sekolah di Pulau Pinang.

“Saya merancang mewujudkan semula liga tempatan sekali gus menumpukan kepada pembangunan sukan bola sepak melibatkan anak-anak muda di negeri ini.

“Saya akan cuba mencari sumber kewangan untuk mengaktifkan kembali sukan ini. Konsentrasi adalah untuk anak muda selain menyelesaikan masalah hutang yang ada,” katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, dalam mesyuarat sama Mohd. Azizudin Mohd. Shariff dilantik sebagai Timbalan Presiden FAP manakala Naib Presidennya pula disandang Kathiresan Letchumanam dan Faizul Abdul Rashid.

Dalam pada itu, Abdul Rashid memberitahu, perlawanan melibatkan liga-liga tempatan musim depan akan berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya