25 keluarga Kampung Gemunchor terputus hubungan - Utusan Malaysia

25 keluarga Kampung Gemunchor terputus hubungan

PASUKAN bantuan bencana menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa terputus hubungan di Kampung Gemunchor, Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Sebanyak 25 keluarga Kampung Gemunchor di sini terputus hubungan apabila jalan Sungai Bunoh ke kampung mereka ditenggelami air sedalam tiga meter sejak Sabtu lalu.

Penghulu Mukim Cheka 1, Mohd. Faiz Abdullah berkata, hujan lebat Jumaat lalu menyebabkan jalan utama ditenggelami air.

Katanya, penduduk di situ tidak dapat keluar bekerja dan membeli barangan keperluan harian kerana laluan sepanjang 300 meter itu ditutup kepada semua kenderaan.

“Keluarga berkenaan tidak berpindah ke pusat penempatan banjir setakat ini dan kekal menetap di rumah masing-masing.

“Kita memantau secara dekat perkembangan banjir di kawasan itu ekoran paras air yang meningkat berikutan hujan renyai-renyai sepanjang hari,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Turut melawat dan meninjau kawasan itu serta menyampaikan bantuan bakul makanan Pegawai Daerah Lipis, Datuk Mohd. Hafizi Ibrahim.

Menurut Mohd. Faiz, pasukan pengurusan bencana banjir telah membekalkan keperluan makanan dan air bersih kepada 25 keluarga terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya