176 kes salah laku warga polis Kedah - Utusan Malaysia

176 kes salah laku warga polis Kedah

HASANUDDIN Hassan (dua dari kiri) menyaksikan acara serah terima tugas Syed Basri Syed Ali (kiri) dan Shamsudin Mamat (kanan) pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Baling di Baling, hari ini. - UTUSAN/NORLIA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Sebanyak 176 kertas siasatan dibuka membabitkan kes salah laku anggota dan pegawai polis serta kakitangan awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah sejak Januari hingga bulan lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kes tersebut melibatkan pelbagai kesalahan termasuk salah laku tatatertib, rasuah dan dadah.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 82 kes telah selesai termasuk dikenakan tindakan tatatertib selain ada yang diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) sebab tiada bukti kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Baling di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Shamsudin Mamat dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Baling yang baharu menggantikan Superintenden Syed Basri Syed Ali yang bertukar ke Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Jelas beliau, pemantauan integriti oleh pasukan tindak khas di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) akan dilakukan bagi memastikan semua pegawai dan anggota dapat menjalankan tugas dengan baik dan sempurna. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya