Warga emas hilang dari rumah dijumpai dalam kebun getah - Utusan Malaysia

Warga emas hilang dari rumah dijumpai dalam kebun getah

KEADAAN lelaki warga emas yang ditemukan dalam keadaan lemah setelah dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Kelian Gunung, Ijok di Selama hari ini. - GAMBAR IHSAM JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dari rumahnya ditemukan dalam kebun getah dalam keadaan keletihan di Kampung Kelian Gunung, Ijok dekat sini hari ini.

Lelaki itu, Dahalan Mohamed Zin,75,  ditemukan kira-kira satu kilometer dari rumahnya oleh anggota bomba dan penduduk kampung pada pukul 3.30 petang setelah disedari hilang dari rumahnya pada pukul 7 pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau, Mohd. Hisham Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan lelaki itu pada pukul 12.20 tengah hari.

Menurutnya, seramai 13 anggota dari BBP Batu Kurau ke tempat kejadian untuk operasi mencari mangsa.

“Pencarian melibatkan kawasan seluas lima kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

“Selepas lebih tiga jam operasi mencari, lelaki itu dijumpai pada pukul 3.30 petang dalam kawasan kebun getah kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

“Lelaki itu ditemui dalam keadaan sangat lemah dan dibawa ke Hospital Selama untuk rawatan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintenden Mohd. Sabri Saad berkata, kehilangan lelaki itu disedari anaknya yang berusia 43 tahun.

Menurutnya, anaknya yang bangun tidur mendapati bapanya tiada di rumah pada pukul 7 pagi.

“Bimbang terhadap keselamatan bapanya, anak lelaki itu membuat laporan polis pada pukul 10.50 setelah usaha mencari gagal menemukan bapanya,” katanya. 

Menurutnya, operasi mencari mangsa melibatkan 22 anggota polis, 13 anggota bomba, lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan kira-kira 50 penduduk kampung.

“Menurut anak lelaki itu, bapanya dipercayai mengalami daya ingatan yang tidak stabil akibat kemalangan 12 tahun lepas” katanya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya