Utamakan kapal, pekerja tempatan - Utusan Malaysia

Utamakan kapal, pekerja tempatan

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan Kementerian Pengangkutan menarik balik pengecualian dasar kabotaj untuk menggunakan kapal asing bagi memperbaiki kerosakan kabel dasar laut adalah sebagai langkah mengutamakan kapal dan pekerja tempatan.

Menegaskan perkara itu, Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, langkah itu turut dihargai dan disambut baik Persatuan Pemilik-Pemilik Kapal Malaysia (MASA).

Menurut beliau, tanggungjawab kementeriannya di bawah kepemimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah melindungi kepentingan rakyat Malaysia dan memupuk industri perkapalan domestik. 

“Pembatalan pengecualian ini juga dilakukan mengikut lunas undang-undang iaitu Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

“Lagipun, banyak negara-negara jiran atau serantau mengamalkan dasar kabotaj, kenapa Kerajaan Malaysia tak boleh? Kalau tak faham lagi, minta para pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan DAP membaca kenyataan media MASA,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook beliau hari ini.

Tiga hari lalu, bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoalkan langkah kerajaan membatalkan dasar pengecualian kabotaj yang bertujuan mempercepat pembaikan kabel bawah laut  menghubungkan infrastruktur internet Malaysia ke seluruh dunia.

Tambah Anthony dalam persidangan Dewan Rakyat itu, pihaknya telah memberikan pengecualian tersebut mulai 1 April tahun lalu atas desakan dari pemain industri internet termasuk syarikat berkaitan kerajaan dan setelah berunding dengan pejabat kementeriannya serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Bagaimanapun jelas Loke, penggantinya Ka Siong secara senyap-senyap membatalkan pengecualian berkenaan dan diwartakan pada 13 November  dan berkuat kuasa 15 November lalu.

“Loke menuduh Kementerian Pengangkutan macam-macam. Eh! Melindungi kedaulatan dan kepentingan rakyat Malaysia itu satu Dosa besar ke?,” ujar Ka Siong.

Dasar kabotaj bertujuan mengekalkan industri perkapalan dan pembuatan kapal Malaysia dan sekali gus mengurangkan pergantungan pada perkapalan asing.

Di bawah polisi ini, hanya kapal berdaftar dan milik Malaysia yang boleh menggunakan laluan pelayaran domestik di Malaysia kecuali pengecualian diberikan.

Dasar ini dipersalahkan sebagai punca harga barang yang tinggi di Sabah dan Sarawak berbanding Semenanjung Malaysia, kerana barangan harus dihantar melalui Pelabuhan Klang sebelum dihantar ke dua negeri itu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya