SK Tehel pusat pemindahan keempat dibuka - Utusan Malaysia

SK Tehel pusat pemindahan keempat dibuka

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu menyediakan khemah bagi menempatkan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Jasin, Melaka. UTUSAN/ RASUL AZLI SAMAD

JASIN: Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel menjadi pusat pemindahan sementara (PPS) yang keempat dibuka di negeri ini bagi menempatkan 116 mangsa dari kawasan sekitar yang terjejas.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, PPS SK Tehel mula dibuka pada pukul 8 pagi ini membabitkan 26 keluarga yang terjejas.

Bagaimanapun, beliau berkata, PPS SK Tedong di Merlimau yang menempatkan tiga keluarga sudah ditutup selepas 11 mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Setakat ini, tiga PPS masih aktif menempatkan mangsa banjir iaitu dua di Jasin dan sebuah lagi di Daerah Alor Gajah iaitu di SK Durian Tunggal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan beberapa lokasi rendah dinaiki air terutamanya di Jasin yang menyebabkan pusat pemindahan mula dibuka sejak malam tadi.

Keadaan banjir kali ini bertambah buruk ekoran faktor pertembungan air pasang besar di sesetengah kawasan. -UTUSAN ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN