Rangkaian hubungan penyeludup terputus berikutan penangkapan ketua penyeludup - Utusan Malaysia

Rangkaian hubungan penyeludup terputus berikutan penangkapan ketua penyeludup

ANGGOTA PGA menggunakan kenderaan berperisai dalam tugasan rondaan bagi mempertingkat dan memperketatkan kawalan di sempadan negara di Padang Besar, Perlis. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Operasi bersepadu Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan pelbagai unit yang digerakkan di kawasan sempadan menampakkan kejayaan termasuk dengan
penangkapan sehingga 20 ketua-ketua penyeludup yang aktif dengan aktiviti tersebut.

Penangkapan ketua-ketua penyeludupan tempatan ini sekali gus memutuskan rangkaian hubungan antara mereka dengan penyeludup Thailand.

Dalam tempoh beberapa hari selepas operasi bersepadu dijalankan berikutan beberapa siri tembakan sehingga mengorbankan seorang anggota PGA, aktiviti penyeludupan semakin berjaya dikekang dengan tiada lagi tangkapan baharu.

PGA mengerakkan kira-kira 500 kekuatan daripada pelbagai unit bagi mempertahankan sempadan negara daripada diceroboh.

Antara unit yang digerakkan termasuk unit berkuda melibatkan empat ekor kuda, unit udara, unit kereta perisai sebanyak tiga unit selain mendapat bantuan daripada anggota 69 Komando (VAT69).

Turut dikerahkan pasukan operasi daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bagi melumpuhkan pergerakan kumpulan penyeludup terbabit.

Pegawai Penyelaras PGA Ops Bersepadu Benteng Covid Malaysia/Thailand, Deputi Superitenden Ramly Ahmed Tabon memberitahu, operasi bersepadu sudah mula menampakkan kejayaan dalam mengekang aktiviti penyeludupan.

“Kita percaya rangkaian hubungan penyeludup tempatan dengan pihak Thailand terputus berikutan penangkapan yang dilakukan,” katanya ketika ditemui di PB 11 di sini semalam.

Tambah Ramly Ahmed, pasaran ketum yang tinggi di Thailand sehingga mencecah RM100 bagi sekilogram menyebabkan penyeludup dari Thailand terdesak mendapatkan bekalan termasuk melalui sistem pertukaran barang atau barter.

“Di sini ada bekalan ketum manakala di Thailand pula dadah serta ganja. Penyeludup Thailand mahu bekalan ketum yang ditukar dengan ganja untuk penyeludup di negara ini. Apabila kawalan ketat dilaksanakan, para penyeludup semakin gerun menjalankan aktiviti haram itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN