Porsche terbakar di Bukit Putus - Utusan Malaysia

Porsche terbakar di Bukit Putus

Sebuah kereta jenis Porsche musnah 70 peratus dalam kejadian kebakaran di Jalan Bukit Putus menghala Kuala Pilah petang tadi. - Gambar Ihsan Bomba.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah kereta mewah jenis Porsche Cayenne musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Bukit Putus menghala Kuala Pilah dekat sini kira-kira pukul 6.07 petang tadi.

Pegawai operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Pegawai Bomba Kanan II, Amir Abu Kasim berkata, pihaknya telah tiba di lokasi kejadian pada pukul 6.20 petang.

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Porsche yang terbakar 70 peratus daripada keseluruhan kereta tersebut.

“Tiada mangsa yang cedera dan ketika kejadian kereta tersebut dinaiki hanya oleh pemandu yang merupakan seorang lelaki berusia 55 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya