Penjenayah kecundang sebelum sempat pecah masuk rumah - Utusan Malaysia

Penjenayah kecundang sebelum sempat pecah masuk rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang penjenayah melakukan lagak pelakon aksi ngeri ketika cuba melarikan diri dari bumbung sebuah kediaman di Taman Daya selepas dikesan memecah masuk premis berkenaan.

Namun percubaan lelaki itu melarikan tidak berjaya apabila dia terjatuh hingga mengalami kecederaan dan kemudiannya diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata,  suspek berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Bertam, Taman Daya dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada pukul 2 pagi semalam.

Katanya, polis mendapat maklumat daripada orang awam tentang berlaku kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Balai Polis Taman Setia Indah dikejarkan ke lokasi sebelum melihat suspek di atas bumbung kediaman.

“Suspek kemudian terjatuh dari bumbung berkenaan ke kawasan tempat meletak kenderaan rumah itu sebelum ditahan polis sejurus kemudian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Padzli, siasatan dibuat mendapati tiada sebarang barangan curi dimiliki suspek ketika ditahan dan suspek yang cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Semakan rekod mendapati suspek memiliki lima rekod jenayah lampau dan satu rekod berkaitan kesalahan dadah,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya