Pengeluar vaksin dijangka keluarkan laporan minggu depan - Utusan Malaysia

Pengeluar vaksin dijangka keluarkan laporan minggu depan

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Laporan kajian klinikal dijangka dikeluarkan minggu depan oleh salah satu daripada 12 syarikat pengeluar vaksin Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun, pihaknya perlu meneliti laporan fasa ketiga itu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Katanya, buat masa ini, terdapat 12 pengeluar vaksin menjalankan kajian fasa ketiga itu.

“Rundingan berjaya dijalankan membabitkan 10 syarikat malah, dimaklumkan salah satu syarikat vaksin berkemungkinan besar akan melaporkan laporan fasa ketiga kajian pada minggu depan.

“Kerajaan masih menunggu (laporan) untuk dibaca. Mereka juga perlu mendaftar dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),” katanya dalan sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, pihaknya memutuskan sekiranya vaksin terbabit masih tidak didaftarkan dan dilesenkan maka perjanjian terbatal.

Katanya, inilah perjanjian rundingan iaitu rundingan awal sudah dilakukan bagi mendapatkan vaksin.

“Kebimbangan kita apabila vaksin itu didaftarkan, akan menjadi seperti gelombang kedua.

“Seperti sebelum ini, apabila kita mahu membeli alat pelindung diri (PPE) dan ventilator, semua produk itu tidak mencukupi disebabkan semua (negara) nak beli,” katanya.

Tambahnya, melalui rundingan awal, sekurang-kurangnya perjanjian untuk mendapatkan bekalan vaksin terbabit sudah ada.

“Tindakan proaktif ini kita belajar sewaktu gelombang kedua,” katanya. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya