Pengarah, Amith Abidin meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pengarah, Amith Abidin meninggal dunia

ALLAHYARHAM AMITH ABIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah dan penulis skrip, Amith Abidin, 62, meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Gombak, 7.45 malam semalam.

Isterinya, Nina Farizha Muliani berkata, Allahyarham sebelum ini mengalami jangkitan kuman akibat terpijak paku dan diserang sakit jantung.

Katanya, arwah juga sebelum ini koma selama tiga minggu selepas serangan jantung yang terhenti selama 40 minit.

“Arwah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), sejak bulan lalu. Pada mulanya Allahyarham mengalami jangkitan kuman setelah terpijak paku. Kuman itu sudah sampai ke jantung dan menyerang.

“Sebelum ini, arwah mendapat rawatan di hospital hampir dua bulan hinggalah tiga hari lalu dibawa pulang ke rumah,” katanya.

Jenazah Amith atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Abidin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata, Taman Seri Gombak, pagi tadi.

Dalam pada itu, jelas Nina Farizha lagi, doktor sudah memberitahu tiada rawatan yang mampu membantunya. Oleh itu, dia dan keluarga mengambil keputusan membawanya pulang.

“Doktor mengesahkan otak suami sudah tidak berfungsi. Disebabkan itu, saya juga sudah menandatangani surat kebenaran untuk doktor melakukan yang terbaik sekiranya denyutan jantung melebihi bacaan normal,” katanya.

Pengarah filem dan drama era 1990-an itu meninggalkan seorang balu dan tiga cahaya mata berusia antara 26 hingga 14 tahun.

Antara filem yang pernah diarahkan Amith termasuklah Misteri Dendam Balan Balan The Movie, The Gold Coin dan Cyber X.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.