Pemandu teksi gesa kerajaan kembalikan TR1Ma - Utusan Malaysia

Pemandu teksi gesa kerajaan kembalikan TR1Ma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : “Kembalikan program bantuan Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma)!”

Demikian rayuan para pemandu teksi yang merayu insentif itu yang ditamatkan sebelum ini dapat dikembalikan dalam Belanjawan 2021 ketika saat mereka amat terkesan teruk akibat pandemik Covid-19.

Setiausaha Koperasi Pemandu Teksi Wilayah Iskandar (Kasturi), Abdul Rahman Kiri berkata, pemandu teksi khususnya di negeri ini berharap kerajaan memberikan bantuan seperti kerajaan terdahulu yang banyak membantu meringankan beban ditanggung sebelum ini.

“Kerajaan terdahulu memberikan bantuan one-off sebanyak RM800 untuk subsidi minyak selain program bantuan TR1Ma yang sedikit sebanyak membantu memulihkan ekonomi pemandu teksi,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang lagi pemandu teksi, Zulkifli Harun, 56, berkata, mereka berharap kerajaan dapat membantu kerana pendapatan mereka kini terjejas teruk malah ada yang pulang tangan kosong ketika turun bekerja dari pukul 6 pagi hingga 10 malam.

“Sekarang memang teruk, lagi-lagi selepas pintu sempadan Malaysia dan Singapura ditutup. Sekarang Lembah Klang pula ‘lockdown’, bas-bas dari Kuala Lumpur, Selangor tidak ada,” katanya.

Beliau turut memohon kerajaan memberikan permit pemandu teksi kepada lebih banyak individu persendirian berbanding permit kepada syarikat pengendali teksi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN