One Hope Charity bangun aplikasi khas kutip dana  - Utusan Malaysia

One Hope Charity bangun aplikasi khas kutip dana 

CHUA Sui Hau (tengah) ketika melancarkan aplikasi khas untuk sumbangan dana kepada One Hope Charity and Welfare di pejabatnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: One Hope Charity and Welfare Berhad menjadi pertubuhan kebajikan pertama di negara ini yang mempunyai aplikasi khas di telefon pintar untuk tujuan sumbangan dana sejak memulakan operasinya hampir 18 tahun lalu.

Pengerusinya, Chua Sui Hau bekata, aplikasi itu dibangunkan sejak tiga tahun lalu dengan kos keseluruhan mencecah RM30,000.

Kata beliau, dengan adanya aplikasi tersebut, penderma boleh menghulurkan derma pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

“Uniknya aplikasi ini ialah pengumpulan sumbangan akan terhenti sebaik sahaja jumlah yang diperlukan telah mencukupi.

“Sebagai contoh, jumlah yang diperlukan oleh seorang pesakit kanser untuk menjalani pembedahan ialah sebanyak RM50,000 dan sebaik sahaja jumlah itu telah mencapai sasarannya, sistem tidak akan menerima sumbangan lagi secara automatik,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika sidang akhbar semasa pelancaran aplikasi itu di pejabatnya di sini semalam.

Sui Hau berkata, aplikasi itu boleh digunakan oleh semua telefon pintar sama ada yang menggunakan sistem operasi Android atau iOS untuk pengguna iPhone.

“Sistem ini juga mampu mengawal aliran trafik yang tinggi dan boleh diakses di tujuh buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, Filipina, Thailand dan Taiwan dalam dua bahasa iaitu Inggeris dan Mandarin.

“Dalam sesetengah kes, Bahasa Melayu juga boleh diguna pakai,” katanya yang memberitahu, setiap penerima juga akan menerima notifikasi termasuk resit digital bagi setiap transaksi yang dilakukan.

Selepas dimuat turun daripada Google Play atau App Store (iPhone), pengguna perlu mendaftar dan memilih tujuan pendermaan sama ada untuk mangsa bencana, rawatan perubatan, pengumpulan dana dan sebagainya.

Aplikasi yang sama turut mengandungi latar belakang pertubuhan tersebut selain pencapaian, galeri gambar, siaran media terdahulu dan lain-lain. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya