Nasi lemak mahal di Sarawak, roti canai pula termurah di Perlis

Nasi lemak mahal di Sarawak, roti canai pula termurah di Perlis

MOHD. UZIR MAHIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bagi penggemar makanan tempatan, mungkin ramai berpendapat harga nasi lemak jika dijual RM2 sebagai paling rendah, tetapi tanggapan itu sebenarnya kurang tepat.

Data dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi Indeks Harga Pengguna bulan Oktober lalu melaporkan harga purata nasional bagi sebungkus makanan itu ialah RM2.83.

Menurut Ketua Perangka­wan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, Perlis menjadi negeri paling murah untuk harga nasi lemak apabila ia secara purata dijual sekitar RM2.29.

Ini disusuli Pulau Pinang dengan harga purata RM2.34, Perak (RM2.42), Selangor (RM2.44), Melaka (RM2.44), Kedah (RM2.46), Labuan (RM2.50) dan Negeri Sembilan (RM2.50).

Sementara paling mahal di Sarawak iaitu RM4.09 di­ikuti Putrajaya (RM3.02), Johor (RM3.00), Kuala Lumpur (RM2.83), Pahang (RM2.75), Kelantan (RM2.70) dan Te­rengganu (RM2.61).

Jika anda peminat roti canai, purata sekeping di peringkat nasional dijual pada harga RM1.13 dengan Perlis menurut DOSM, sekali lagi muncul sebagai negeri paling murah iaitu RM1.00.

Ini disusuli pula oleh Johor (RM1.02), Kelantan (RM1.03), Kedah (RM1.04), Terengganu (RM1.05), Melaka (RM1.07), Negeri Sembilan (RM1.08) Pahang (RM1.08) dan Perak (RM1.10).

Manakala Labuan paling mahal iaitu RM1.50, diikuti Sabah (RM1.31), Putrajaya (RM1.22), Sarawak (RM1.22), Kuala Lumpur (RM1.20), Selangor (RM1.18) dan Pulau Pinang (RM1.11).

Dalam pada itu minuman popular tanah air, teh tarik menyaksikan harga purata secawan di peringkat kebangsaan ialah RM1.61 dengan Kedah menjadi negeri termurah iaitu RM1.29.

Ini disusuli pula Pulau Pinang (RM1.30), Perak (RM1.36), Kelantan (RM1.42), Melaka (RM1.42), Negeri Sembilan (RM1.42), Johor (RM1.45), Pahang (RM1.52) dan Selangor (RM1.52).

Sementara teh tarik termahal di Sabah (RM1.93) diikuti Sarawak (RM1.90), Labuan (RM1.82), Kuala Lumpur (RM1.72), Perlis (RM1.72), Terengganu (RM1.69) dan Putrajaya (RM1.68).

Bagaimanapun, harga jualan yang dilaporkan DOSM itu merupakan rekod kadar purata dan kemungkinan masih lagi boleh berbeza mengikut keperluan penjual di sesuatu kawasan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya