fbpx

4 Disember 2020, 7:33 pm

  TERKINI

Mayat atas Jalan Bangsar dikenal pasti warga Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki yang ditemukan dengan kesan tetakan di atas Jalan Bangsar di sini adalah warga Pakistan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, identiti mayat mangsa berusia 25 tahun itu dikenal pasti selepas bekas isteri mangsa iaitu seorang wanita tempatan tampil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, semalam.

Menurutnya, berdasarkan keterangan awal, wanita berusia 31 tahun itu telah bercerai dengan mangsa sejak Oktober lalu.

“Bekas isterinya hadir bersama rakan mangsa yang juga warga Pakistan. Rakan lelaki itu juga mendakwa kali terakhir berhubung dengan mangsa adalah pada 11 November lalu.

“Proses pengecaman telah dibuat oleh bekas isteri dan rakan mangsa berdasarkan gambar dan pakaian mangsa,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut Anuar, pengecaman tubuh badan mangsa akan dijalankan esok di Jabatan Patologi Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaysa (PPUM).

Tambahnya, selain itu, siasatan awal juga mendapati mangsa pernah menjalankan perniagaan sendiri menjual minyak wangi bersama dengan bekas isteri sebelum berhenti setelah kedua mereka bercerai.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan suspek terlibat dan motif kejadian sebenar,” katanya.

Khamis lalu, polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan satu mayat di lokasi kejadian dengan beberapa kesan kecederaan pada badan lelaki itu dipercayai ditetak.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan bunuh.- UTUSAN ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN