Mangsa banjir Melaka meningkat kepada 394 - Utusan Malaysia

Mangsa banjir Melaka meningkat kepada 394

PENDUDUK di Taman Tuah Perdana bergegas mengalihkan kenderaan masing-masing selepas banjir mula melanda kawasan perumahan itu malam tadi ketika tinjauan dilakukan di Jasin, Melaka. UTUSAN/ RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jumlah mangsa banjir di negeri ini dilaporkan kembali mencatatkan peningkatan apabila seramai 394 orang kini ditempatkan di tujuh buah pusat pemindahan sementara (PPS) di ketiga-tiga daerah.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, Jasin terus mendahului bilangan mangsa yang terjejas iaitu seramai 249 penduduk diikuti Melaka Tengah seramai 73 mangsa.

Menurut beliau, penduduk yang dipindahkan di Alor Gajah pula kekal 72 orang setakat pukul 8 pagi ini yang membabitkan 19 keluarga di tiga PPS.

“Di Jasin, 85 keluarga yang terjejas kini ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel iaitu 125 mangsa, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil seramai 85 orang dan 39 lagi di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Shuh Yen.

“Bagi Alor Gajah, 59 mangsa dipindahkan ke PPS SK Durian Tunggal diikuti 12 di PPS SK Ganun dan seorang di SMK Seri Pengkalan, manakala untuk Daerah Melaka Tengah, 73 mangsa daripada 22 keluarga kini berada di PPS SK Ayer Molek,” katanya dalam kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya