Letupan kecil babitkan sisa kimia, tiada pekerja terlibat

Letupan kecil babitkan sisa kimia, tiada pekerja terlibat

ANGGOTA Hazmat masuk ke kawasan kejadian bagi memeriksa punca letupan di Dyson Malaysia Development Centre, Taman Perindustrian Senai, Johor Bahru. - FOTO/KHAIRUL MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebuah letupan kecil melibatkan sisa kimia dilaporkan berlaku di premis Dyson Malaysia Development Centre di Taman Perindustrian Senai di sini hari ini.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Fauzi Awang berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 9.09 pagi.

Menurutnya, seramai 25 anggota berserta lima jentera termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dikejar ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati telah berlaku letupan kecil di kawasan yang dijadikan ‘waste storage’ di premis berkenaan.

“Kawasan berkenaan menempatkan pelbagai jenis bahan kimia yang digunakan di kilang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Fauzi, letupan berkenaan tidak melibatkan sebarang kerosakan dan kebocoran bahan kimia, kecuali bau daripada bahan kimia berkenaan.

“Pasukan Hazmat turut mengambil bacaan udara di kawasan berkenaan sebagai langkah pencegahan, manakala kejadian berkenaan tidak melibatkan mangsa.

“Kes berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak pengurusan kilang untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Operasi terbabit kemudian ditamatkan pada pukul 12.01 tengah hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya