Lagi ahli jemaah tabligh dibawa pulang - Utusan Malaysia

Lagi ahli jemaah tabligh dibawa pulang

China
KAMARUDIN JAFFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai empat lagi ahli jemaah tabligh selamat tiba di tanah air semalam setelah selesai menjalani proses perbicaraan di Buxar, India.

Kumpulan itu menaiki penerbangan syarikat Air India Express dari New Delhi, India sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pukul 3.33 petang.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, sehingga kini sejumlah 180 daripada 189 ahli tabligh itu dibawa pulang ke Malaysia.

“Sebelum ini, seramai 176 ahli yang berada di India telah selamat dibawa pulang menerusi sembilan siri Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR),” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya