fbpx

4 Disember 2020, 4:05 am

  TERKINI

Keputusan saat akhir elak terhempas

SEBUAH pesawat ringan Beechcraft Bonanza B5045B melakukan pendaratan kecemasan akibat kerosakan pada injin di kilometer 47.8 arah selatan Lebuhraya Utara Selatan, Kulai di sini.-UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI : Dua juruterbang Beechcraft Bonanza F35 mengambil keputusan saat akhir mendarat di Lebuh Raya Utara-Selatan bagi mengelakkan sebarang kejadian termasuk terhempas.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, juruterbang utama, Dr. Yang Kuang Ying, 52, bersama pembantu juruterbang, Saleehullah Abdul Majid, 41, memutuskan demikian pada ketinggian 5,000 kaki di udara.

Katanya, kedua-duanya mempunyai kebenaran daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bagi melakukan rutin penerbangan tersebut dan tidak memerlukan surat bagi merentas negara.

“Apabila sampai di Simpang Renggam pada pukul 11.05 pagi, pesawat ringan tersebut telah alami kerosakan pada bahagian enjin dan juruterbang itu membuat keputusan bagi melakukan pendaratan kecemasan di lebuh raya itu. 

“Juruterbang itu berjaya mendaratkan pesawat tersebut dengan selamat tanpa alami sebarang kerosakan pada bahagian badan pesawat dan kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai di sini hari ini. 

Terdahulu, pesawat ringan jenis Beechcraft Bonanza F35  terpaksa membuat pendaratan cemas di KM47.8 di Lebuhraya Utura-Selatan (PLUS) arah selatan di Sedenak, di sini hari ini.

Beng Yeow berkata, Kuang Ying yang merupakan pemilik pesawat ringan itu mempunyai 12 tahun pengalaman menerbangkan pesawat berkenaan dan mempunyai rekod 480 jam penerbangan. 

“Mereka memang mempunyai kebenaran untuk mendapatkan pusingan penerbangan dari lapangan terbang di Singapura ke lapangan terbang di Melaka sebelum berpatah semula ke Singapura. 

“Mereka sudah mẹmbuat rutin penerbangan pertama pada awal pagi tadi dan masalah tersebut berlaku pada pusingan penerbangan kedua ketika berpatah balik ke Singapura. 

“Pesawat itu sudah berjaya dialihan ke sebelah kiri di kawasan kejadian dan menunggu masa untuk dihantar pulang ke Singapura. Kita akan serahkan kes ini kepada DCA untuk membuat siasatan lanjut,” katanya. 

Kuang Ying yang ditemui di lokasi kejadian, enggan ditemubual dan bergegas ke IPD untuk memberi kenyataan. -UTUSAN ONLINE