Gaduh guna besi, lelaki Bangladesh dicari - Utusan Malaysia

Gaduh guna besi, lelaki Bangladesh dicari

TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan mangsa dipukul berkali-kali oleh suspek warga Bangladesh di Jalan Tebrau, Johor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki mengalami cedera di bahagian kepala, lengan dan kaki akibat dipukul suspek warga Bangladesh menggunakan sebatang besi dalam satu kejadian pergaduhan di Jalan Tebrau di sini sehingga tular dalam laman media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kes pergaduhan itu pada 11.35 malam semalam.

“Menurut maklumat saksi, suspek bertindak memukul mangsa menggunakan objek senjata dipercayai sebatang besi. Mangsa yang berusia 39 tahun menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA) setelah mengalami cedera di bahagian kepala, lengan dan kaki.

“Usaha mengesan suspek yang dipercayai seorang lelaki warga Bangladesh sedang dijalankan pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya