fbpx

4 Disember 2020, 8:09 pm

  TERKINI

Firdaus Wong mahu buka cawangan pasar raya di Putrajaya

HANTARAN Firdaus Wong menerusi akaun sosial Facebook dirinya yang membayangkan bakal membuka cawangan pasar raya MyKampung Fresh Mart di Putrajaya. -Gambar FB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setelah berjaya dapat sambutan hangat di Shah Alam, Selangor sejak dibuka pada 12 Jun lalu, kini Firdaus Wong Wai Hung berhasrat membuka cawangan di Putrajaya.

Impian tersebut diluahkan beliau menerusi hantaran yang tular dalam akaun sosial Facebook dirinya sambil turut meminta pandangan daripada netizen untuk menyatakan komen mereka.

“Just (Cuma) nak tanya, ramai ke sahabat saya di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya andai kami bercadang mengembangkan cawangan MyKampung Fresh Mart ke Putrajaya?” soal beliau.

Pendakwah terkenal Cina Muslim itu lebih lima bulan lepas telah buka pasar raya tersebut di Jalan Bawang Merah 24/36, Seksyen 24, Shah Alam yang berkeluasan 1,220 meter persegi.

Premis itu dikendalikan oleh Multiracial Reverted Muslim Malaysia (MRMM), sebuah badan dakwah bukan kerajaan diasaskan beliau, serta dibuka dari 8 pagi hingga 8 malam setiap hari.

“Agak-agak ramai ke nak datang beli dan sokong sekurang-kurangnya sebulan sekali? Andai lebih 2,000 komen positif, Insya Allah kami boleh pertimbangkan dengan serius,” jelasnya.

Beliau yang memeluk Islam pada usia 22 tahun itu namun tidak pula menyatakan di manakah premis ini bakal dibuka, namun hanya menyertakan foto lobi sebuah bangunan di Putrajaya.

Hasrat Firdaus, 35, itu disambut baik ramai warganet apabila menerima lebih 1,000 tanda suka selain lebih 100 komen dan puluhan perkongsian yang menyokong usaha murni berkenaan.

Mereka bukan sahaja meluahkan perasaan teruja, malahan ada memberi cadangan lokasi yang bersesuaian di Putrajaya untuk dibuka cawangan pasar raya MyKampung Fresh Mart itu.

Ini kerana premis sulungnya berkongsi lebih 50 peratus hasil keuntungan kepada masyarakat sebagai segmen tanggungjawab sosial korporat MRMM yang ditubuhkan sejak 2012 lalu.

Harga lebih 2,000 jenis barangan dijual juga adalah kompetitif, bahkan ada lebih murah selain pasar raya itu mempunyai ‘Bank Makanan’ untuk masyarakat bersedekah sambil berbelanja.

Usaha Firdaus yang juga Ikon Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu juga memberi pilihan kepada komuniti Muslim dalam menyokong gerakan massa Buy Muslim First. -UTUSAN ONLINE

POPULAR