COvid-19: 12 kes kematian tertinggi, kes baharu positif kembali catat empat angka - Utusan Malaysia

COvid-19: 12 kes kematian tertinggi, kes baharu positif kembali catat empat angka

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi sebanyak 12 kes semalam sejak penularan wabak Covid-19 di negara ini sekali gus mencatatkan jumlah kumulatif kematian sebanyak 263 kes. 

Pada masa sama, kes baharu positif Covid-19 kembali meningkat melebihi empat angka iaitu 1,054 kes berbanding semalam sebanyak 834 kes selain pertambahan dua kluster baharu dan merekodkan 875 kes pulih. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini adalah sebanyak 34,393 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 10,135 kes.

“Sabah masih mencatatkan jumlah tertinggi kes positif harian iaitu 678 kes, Selangor (124), Labuan (81), Negeri Sembilan (71), Pulau Pinang (35), Sarawak dan Kedah (21), Kuala Lumpur (10), Putrajaya (3), Perak (2) manakala Johor, Melaka dan Terengganu masing-masing satu kes. 

“Bagi pertambahan dua kluster baharu, ia membabitkan kluster Cergas di Seremban, Negeri Sembilan membabitkan 12 kes positif dan kluster Permatang di Kulim, Kedah menerusi lapan kes positif yang dikesan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Mengulas mengenai 1,054 kes positif baharu, Noor Hisham berkata, terdapat 14 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara membabitkan tiga warganegara dan 11 warga asing yang tiba dari luar negara. 

“Berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan mendapati empat kes dari Korea Selatan, Jepun dan Filipina dua kes manakala Uzbekistan, China, Hong Kong, Nepal, United Kingdom dan Maldives masing-masing satu kes,” katanya. 

Sementara itu, beliau berkata, Kluster Batu membabitkan kes di Perak tamat pada hari ini.

“Seramai 1,174 orang disaring dan daripada jumlah ini, tujuh kes dikesan positif Covid-19 namun tiada kes kematian,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya