Covid-19: 1,120 kes di NS dari Kluster Cergas - Utusan Malaysia

Covid-19: 1,120 kes di NS dari Kluster Cergas

S. Veerapan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 1,120 kes daripada 3,373 kes Covid-19 yang direkodkan di Negeri Sembilan adalah dikesan dari Kluster Cergas.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan berkata, tiga lagi kluster yang turut sama menyumbang kepada peningkatan kes ialah Kluster Kaya sebanyak 482 kes; Kluster Lengkuk (232 kes) dan Kluster Taman Bunga (53 kes).

Menurutnya, daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan berkenaan sejak penularan Covid-19,  1,892 kes telah sembuh dan discaj manakala, 1,473 kes masih menerima rawatan di wad dan lapan kes telah meninggal dunia.

“Sehingga pukul 12 tengah hari ini, terdapat 371 kes baru positif Covid-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 3,373 kes. 

“Terdapat 1,646 kes aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah (Jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Veerapan berkata, dari 371 kes baharu yang direkodkan hari ini, 363 kes adalah dari kluster Cergas.

Bagaimanapun, menurutnya, mengikut pecahan daerah, Seremban mencatatkan sebanyak 367 kes baharu, diikuti Rembau sebanyak 4 kes.

“Daerah lain tidak mencatatkan kes baharu dan Tampin kekal di bawah Zon Hijau,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN