Benteng tepi masjid runtuh - Utusan Malaysia

Benteng tepi masjid runtuh

DATUK Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin (kiri) meninjau keadaan runtuhan benteng Masjid Taman Saga di Mentakab Pahang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Masjid Taman Saga Mentakab di sini ditutup sementara selepas benteng sepanjang 20 meter di bahagian tepi longkang masjid itu runtuh ketika hujan lebat malam semalam.

Kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu turut menyebabkan struktur tandas lelaki dan bahagian hadapan masjid tersebut terjejas.

Pengerusi Masjid Taman Saga, Mohd. Basuki Ismail berkata, kejadian bagaimanapun tidak menyebabkan kemalangan jiwa atau kecederaan.

“Buat masa ini, kariah akan menggunakan masjid dan surau berhampiran sebelum pengesahan diterima daripada pihak terbabit.

“Buat sementara waktu kita akan mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menentukan sama ada masjid ini masih boleh digunakan,” katanya ketika lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin ke masjid itu hari ini. 

Menurut Mohd. Basuki, masjid tersebut mula dibina sebagai sebuah surau pada 1985 sebelum dinaik taraf menjadi masjid pada 1995 yang memuatkan sehingga 200 jemaah pada satu masa.

Sementara itu, Mohd. Sharkar berkata, kawasan tersebut akan menerima masjid baharu yang dibina di kawasan berhampiran dalam tempoh terdekat selepas segala urusan tender diluluskan.

“Pihak jabatan agama telah bersetuju masjid sedia ada akan dirobohkan selepas masjid baharu siap dibina nanti.

“Jika JKR mengesahkan masjid sedia ada ini tidak boleh digunakan lagi, alternatifnya ialah dewan serbaguna berhampiran akan digunakan sementara waktu,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.