Belah bahagian di peringkat jawatankuasa - Anwar - Utusan Malaysia

Belah bahagian di peringkat jawatankuasa – Anwar

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) telah membuat keputusan untuk melaksanakan undian secara belah bahagian pada bacaan kali ketiga Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 sekiranya perbahasan di peringkat jawatankuasa gagal memenuhi permintaan mereka.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belah bahagian tidak dilaksanakan semalam kerana mendapati kerajaan ada memberikan perhatian kepada isu-isu yang menyentuh kebajikan rakyat.

Tegasnya lagi, secara prinsip, semua ahli Parlimen pembangkang sebulat suara menolak Belanjawan 2021 yang didakwa mempunyai unjuran yang salah dan tidak realistik.

“Pertimbangan kita adalah untuk memastikan projek pro-rakyat itu ditingkatkan dan sebahagiannya diambil kira kerana tidak menyentuh soal yang lebih asasi.

“Kita mengambil keputusan untuk tidak berbelah bahagi, bagi notis kita tidak mahu ganggu peringkat awal kerana beberapa kemudahan diberikan. Minggu depan kita akan bertarung dengan lebih sengit kerana akan mendengar perincian,” katanya ketika sidang akhbar di bangunan Parlimen semalam.

Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar hari ini melalui suara majoriti meskipun terdapat cubaan untuk mengusulkan undian secara belah bahagi.

Hanya 13 ahli Parlimen sahaja yang bangun untuk menyokong usul belah bahagi berkenaan sedangkan peraturan menetapkan memerlukan sokongan 15 ahli dewan.

Antara yang kelihatan bangun menyokong belah bahagi ialah Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) dan Khalid Abd. Samad (PH-Shah Alam). UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya