Bekas Pengarang Kosmo! meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas Pengarang Kosmo! meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Pengarang Kosmo!, Datuk Baharom Mahusin meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini pagi tadi.

Allahyarham yang seterusnya bertugas sebagai Ketua Pengarang Sinar Harian menghembuskan nafas terakhirnya selepas menerima rawatan di pusat perubatan itu.

Berita kematian itu disahkan Pengerusi Lembaga Pengarah Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub menerusi ciapan di laman Twitter miliknya.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Bilal Bin Rabbah, Taman Koperasi Polis Kuala Lumpur sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya