APM utamakan pematuhan SOP operasi banjir  - Utusan Malaysia

APM utamakan pematuhan SOP operasi banjir 

PASUKAN Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang lengkap berpakaian pelindungan diri melakukan simulasi operasi persediaan banjir di bawah norma baharu di Tasik Beris, Sik hari ini. Utusan/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan tetap mengutamakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika operasi bencana banjir bagi mengekang penularan Covid-19 di pusat-pusat pemindahan yang menempatkan mangsa banjir.

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM), Datuk Roslan Wahab berkata, pematuhan SOP itu juga diberi perhatian di pusat-pusat pemindahan banjir di seluruh negara.

“Walaupun tahap kesedaran orang ramai mengenai kepentingan mematuhi SOP itu dalam kehidupan seharian ketika ini amat baik, namun, langkah pencegahan tetap diberi keutamaan.

“Saya rasa perkara ini tidak ada masalah sangat untuk rakyat, sebab sekarang rakyat ikut SOP, di mana mereka pergi pun ikut SOP, jaga penjarakan, memakai pelitup muka dan periksa suhu serta menggunakan cecair pembasmi kuman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Persediaan Menghadapi Banjir APM di Tasik Beris di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Sallehuddin Hassan 

Pada progran seramai 25 anggota APM Kedah menyertai Simulasi operasi persediaan banjir di bawah norma baharu.

Dalam pada itu, Roslan memberitahu, lebih 20,000 sukarelawan APM dari seluruh negara bersedia digerakkan untuk menghadapi bencana banjir yang mula melanda beberapa negeri pada kelmarin.

Menurutnya, jumlah anggota sukarelawan yang aktif adalah mencukupi bagi menjalankan sebarang operasi menyelamat mangsa banjir.

“Keadaan banjir di beberapa buah negeri buat masa ini dalam keadaan terkawal kerana kebanyakan kawasan terjejas termasuk di Kedah dilanda banjir kilat yang mana air surut dengan cepat selain sudah melepasi 

“Bagaimanapun, semua anggota kita dalam keadaan bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir sekiranya berlaku lagi hujan lebat berpanjangan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.