34 mangsa banjir dipindahkan di Raub - Utusan Malaysia

34 mangsa banjir dipindahkan di Raub

Anggota bomba melakukan pemantauan keadaan banjir di Kampung Kuala Semantan di Raub, malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Banjir mula melanda negeri ini apabila 34 mangsa daripada tujuh buah keluarga di daerah ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara semalam selepas rumah mereka dinaiki air.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Shahrul Nizam Nasir berkata, kesemua mangsa dari Kampung Kuala Semantan dan Kampung Sega Lama mula berpindah kira-kira pukul 10 malam. 

“Seramai 12 mangsa membabitkan tiga keluarga daripada Kampung Kuala Semantan dipindahkan ke Masjid Jamek Kampung Kuala Semantan manakala 22 mangsa daripada empat keluarga dipindahkan ke Masjid Kampung Sega Lama.

“Pihak bomba membantu pemantauan dan pemindahan mangsa ke Masjid Kuala Semantan dan Masjid Kampung Sega Lama dan terus melakukan pemantauan di sekitar daerah ini,” katanya di sini hari ini. 

Menurut Shahrul Nizam, berdasarkan pemantauan pada masa ini trend air adalah statik dan tidak berlaku hujan.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19 anggota bomba telah membuat sanitasi tempat perpindahan mangsa banjir terbabit. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.