18 mangsa banjir di PPS - Utusan Malaysia

18 mangsa banjir di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Hanya 18 orang mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 10 pagi ini, apabila situasi banjir dilihat semakin pulih di negeri ini.

Semalam, jumlah penduduk yang masih berlindung di PPS adalah seramai 48 mangsa daripada 11 buah keluarga.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, kesemua mangsa daripada empat keluarga terjejas itu kini berada di PPS Sekolah Kebangsaan Parit Gantong.

“Hanya Jasin masih mencatatkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan iaitu dari Kampung Parit Gantong di Sungai Rambai, manakala lokasi dan daerah lain diisytihar bebas bencana itu buat masa ini,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya