Zuraida negatif Covid-19, kuarantin 14 hari  - Utusan Malaysia

Zuraida negatif Covid-19, kuarantin 14 hari 

ZURAIDA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menjalani kuarantin kendiri 14 hari selepas dilaporkan mempunyai kontak rapat dengan salah seorang individu positif Covid-19 dalam program yang diadakan di Langkawi, 27 September lalu.

Setiausaha Politiknya, Nor Hizwan Ahmad berkata, Zuraida hanya dimaklumkan berkenaan kes berkenaan pada 28 September lalu, sehari selepas hadir ke program Malaysia Urban di ibu negara.

“Beliau sudah menjalani ujian swab pada 29 September dan mendapati keputusan tersebut negatif,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia hari ini.

Terdahulu, Zuraida dilaporkan pulang dari Sabah pada 26 September lalu selepas berkempen pada pilihan raya negeri Sabah.

Beliau menjalani ujian swab di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan didapati negatif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.