Tiga sekatan jalan raya berkuat kuasa malam ini - Utusan Malaysia

Tiga sekatan jalan raya berkuat kuasa malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis Klang Selatan akan mengadakan tiga sekatan jalan raya baharu di daerah ini ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa tengah malam ini.

Malah, dua penutupan jalan dilaksanakan dan dipantau 24 jam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, tiga sekatan jalan raya tersebut adalah Persiaran Kota (susur keluar Majlis Perbandaran Klang); Batu 2, Jalan Langat (arah Banting berhadapan Indah Water Konsortium) dan Jalan Datuk Mohd. Sidin. 

“Sekatan jalan raya di ketiga-tiga lokasi berkenaan akan bermula pukul 12 tengah malam ini.

“Bagi penutupan jalan pula akan diadakan di Jambatan Musaeddin, Jalan Tengku Kelana dan Jambatan Raja Muda Nala.

“Sementara itu, bagi sekatan jalan raya dan penutupan jalan yang diadakan sebelum ini berhubung pelaksanaan PKPB mukim Klang ditamatkan serta-merta,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya