Tanah runtuh, pokok tumbang di Jalan Pahang-Cameron Highlands - Utusan Malaysia

Tanah runtuh, pokok tumbang di Jalan Pahang-Cameron Highlands

KEADAAN jalan di Batu 24 Jalan Pahang-Cameron Higlands dekat Tapah yang terjejas ekoran tanah runtuh dan pokok tumbang hari ini. - GAMBAR PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Dua lorong di Batu 24 Jalan Pahang-Cameron Highlands dekat sini terpaksa ditutup kepada kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, laluan di kedua-dua arah itu terpaksa ditutup sementara untuk kerja-kerja pengalihan pokok tumbang dan pembersihan jalan.

Katanya, kejadian pada pukul 6 petang itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta.

“Buat masa sekarang laluan di kedua-dua arah masih belum boleh dilalui dan keadaan cuaca juga masih hujan renyai.

“Pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Syarikat Belati Wangsa telah berada di lokasi kejadian untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, terdapat dua lagi lokasi pokok tumbang iaitu di Batu 12 dan Batu 18 di mana hanya satu laluan dibuka untuk kenderaan ringan.

“Laluan tersebut tidak boleh dilalui kenderaan berat dan kerja-kerja pembersihan juga ditumpukan terlebih dahulu di Batu 24,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya