Surirumah maut, empat anak parah - Utusan Malaysia

Surirumah maut, empat anak parah

KEADAAN Toyota Innova yang dinaiki enam sekeluarga remuk akibat kemalangan di Kilometer 316.8, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Kijal di Kemaman, Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang suri rumah maut manakala empat anaknya parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka kemalangan di Kilometer 316.8, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Kijal, hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Nik Maznah Nik Mat, 49, yang duduk di bahagian penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dialami.

Empat anaknya yang parah ialah Muhammad Aizat Lukman Mat Nafi, 9; Muhammad Aliff Irfan, 14; Nik Anis Nadiera, 17; dan Nik Muhammad Nazrul Aieman, 21.

Manakala suaminya, Mat Nafi Bakar, 51, yang memandu Toyota Innova itu hanya cedera ringan di bahagian tangan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, enam beranak itu difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Melayu Majidee, Johor selepas menziarahi saudara di Besut. 

“Ketika di lokasi kejadian kereta yang dipandu suami mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik beberapa kali lalu melanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri.

“Mereka yang cedera kemudian dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk menerima rawatan manakala mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik hospital sama untuk tindakan lanjut,” katanya di sini.

Hanyan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.