Sultan Selangor dukacita ahli politik tidak peduli kesusahan rakyat - Utusan Malaysia

Sultan Selangor dukacita ahli politik tidak peduli kesusahan rakyat

SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan sesetengah ahli politik seolah-olah tidak mempedulikan langsung masalah dan kesusahan rakyat yang terkesan akibat Covid-19 dan kedudukan ekonomi.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani berkata, baginda mengambil maklum dan menyokong penuh titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 16 Oktober lalu.

Menurut Muhamad Munir, Sultan Selangor menzahirkan kebimbangan berhubung kemelut politik negara yang dilihat tiada kesudahan sehingga menimbulkan keresahan rakyat.

“Baginda bertitah rakyat telah mula bosan dan meluat dengan segala tindak tanduk ahli politik yang sentiasa dilihat bercakaran dan bertelingkah merebut kuasa pemerintahan negara. Ahli-ahli politik seharusnya bertanggungjawab memastikan penderitaan rakyat sentiasa menjadi keutamaan ketika melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka.

“Titah Sultan Sharafuddin, kesusahan dan penderitaan rakyat di dalam kehidupan seharian perlu segera ditangani dan diselesaikan dengan mengambil pendekatan yang drastik dan efektif,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya