Rombakan Kabinet tidak sesuai - Utusan Malaysia

Rombakan Kabinet tidak sesuai

AHMAD JAZLAN YAAKUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Rombakan Kabinet yang menjadi polemik ketika ini disifatkan tidak sesuai dilaksanakan ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19.

Pengerusi Biro Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, kerajaan sebaliknya perlu memberi tumpuan terhadap nasib rakyat yang sedang bergelut dengan kelangsungan hidup dan mencari jalan untuk sumber pendapatan.

Tambahan pula katanya, menteri-menteri yang bertugas ketika ini baru beberapa bulan berkhidmat dan adalah lebih baik semua pihak mengutamakan usaha menangani Covid-19.

“Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru sahaja mengumumkan gencatan politik demi memberi tumpuan kepada keluh kesah rakyat berhubung Covid-19, ekonomi negara dan kelangsungan hidup mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau pada masa sama menafikan senarai barisan Kabinet baharu yang tular dalam media sosial baru-baru ini dan menyifatkan perkara itu hanya mainan politik pihak tertentu.

Dalam senarai tular itu, Ahmad Jazlan dinamakan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar selain dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan dalam senarai kedua. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya