Proton X50 terima sambutan hangat di Johor - Utusan Malaysia

Proton X50 terima sambutan hangat di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tidak sampai sehari dilancarkan, syarikat pengedar Proton 4S di negeri ini, AG Autoworld Sdn. Bhd. telah menerima lebih 300 tempahan model Proton X50 ketika majlis pelancarannya berlangsung di Permaisuri Zarith Sofiah Opera House di sini semalam.

Pengarah Urusan AG Autoworld Sdn. Bhd., Kuek Ser Kee berkata, sambutan mengalakkan dan luar biasa itu setelah pengenalan kereta jenis Utili Sukan (SUV) itu dibuat secara pratonton kepada orang ramai sejak bulan lalu.

“Kami telah memilih Permaisuri Zarith Sofiah Opera House untuk sebagai lokasi memperkenalkan Proton X50 kerana percaya kedua-duanya saling mempunyai persamaan iaitu standard antarabangsa iaitu kereta berkelas utama dan lokasi penganjuran bertaraf dunia.

“Oleh itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan atas minat dan sokongan mereka untuk membuat tempahan model terbaharu ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Proton Holdings Berhad (Proton) semalam secara rasminya melancarkan Proton X50, model SUV kompak keduanya, secara maya di media sosial Proton semalam, dengan menawarkan harga bermula dari RM79,200.

Proton memperkenalkan empat varian X50 iaitu 1.5 T Standard pada harga RM79,200, 1.5T Esecutive (RM84,800) manakala 1.5T Premium (RM93,200) dan 1.5T TGDi Flagship berharga RM103,300.

Keempat-empat varian yang ditawarkan bagi Semenanjung Malaysia itu merupakan harga atas jalan (OTR) termasuk subsidi cukai jualan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Sejak dibuka tempahan kepada orang ramai pada 16 September lalu, Proton X50 telah menerima lebih daripada 20,000 tempahan. -UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya