Premis terjejas dikecualikan cukai pintu - Utusan Malaysia

Premis terjejas dikecualikan cukai pintu

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Wilayah Persekutuan bersetuju memberikan pengecualian pembayaran cukai pintu kepada premis yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).  

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pemilik premis tersebut mestilah membuktikan premis mereka tidak disewakan oleh mana-mana pihak kerana menghadapi masalah akibat Covid-19 atau tidak menjana pendapatan akibat PKPB.

Katanya, bagi pembayar cukai pintu yang berkelayakan boleh membuat permohonan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pengurangan diskaun itu akan dilakukan mengikut kes.

“Pihak kementerian memberikan kuasa kepada DBKL mengikut akta sedia ada untuk mengecualikan pembayaran cukai pintu itu dan proses lebih lanjut berkenaan bentuk diskaun itu akan dimaklumkan oleh DBKL nanti,” katanya dalam sidang akhbar mengenai Inisiatif Wilayah Cakna 3.0 di sini hari ini.

Cukai Pintu atau Cukai Taksiran adalah cukai yang dikenakan oleh DBKL ke atas pemilik harta untuk menyediakan perkhidmatan, penyelenggaraan dan pembangunan Kuala Lumpur.

DBKL sebelum ini menetapkan syarat cukai tersebut tidak boleh dikecualikan walaupun premis itu kosong atau tidak diduduki dan pemilik hanya boleh memohon untuk mendapatkan elaun kekosongan sahaja. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN