PBT boleh lantik kontraktor tangkap ternakan berkeliaran - Utusan Malaysia

PBT boleh lantik kontraktor tangkap ternakan berkeliaran

HAIWAN ternakan yang berkeliaran di Taman Bandar Ekar, Rantau, Seremban yang turut mengundang rasa ketidakselesaan dalam kalangan penduduk.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bagi mengatasi masalah haiwan ternakan seperti lembu dan kerbau yang berkeliaran sehingga mengundang isu keselamatan terhadap pengguna jalan raya, kerajaan Negeri Sembilan hari ini meluluskan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melantik sendiri kontraktor bagi menangkap haiwan berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, PBT akan melantik sendiri kontraktor terlibat bersesuaian dengan kepakaran dan lokasi yang disediakan untuk menempatkan haiwan ternakan yang telah ditangkap tersebut.

“Kami telah bersetuju dan PBT akan melantik kontraktor masing-masing termasuk melihat kepakaran dan kesediaan kontraktor tersebut dalam menyediakan tempat ternakan apabila ditangkap dan perlu juga menyediakan makanan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri dekat sini hari ini.

Tambah Aminuddin, tiada ketetapan khusus dalam kaedah mengurus dan menangkap haiwan ternakan berkeliaran melalui lantikan kontraktor tersebut namun kerajaan negeri telah mengambil inisiatif menyediakan garisan panduan sebagai rujukan kepada PBT serta memastikan keseragaman di semua PBT di negeri ini.

“PBT boleh melantik syarikat kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja menangkap haiwan ternakan seperti mengurus dan menyelengggara haiwan tersebut serta memastikan mengikut kaedah kebajikan Haiwan 2015 Akta 772. Haiwan ditangkap perlu diletakkan di kawasan yang selamat serta di kawal oleh PBT setiap kali operasi tangkapan. 

“Pelaksanaan proses terhadap haiwan adalah disita dan laporan polis hendaklah di buat termasuk notis sitaan ditampal dan haiwan dipindahkan jika perlu di kawasan yang sesuai dan dikurung di tempat selamat dan haiwan yang disita hendaklah ditanda oleh kontraktor yang dilantik,” katanya. 

Tambahnya, keputusan kerajaan negeri ini adalah selaras dalam usaha mengelakkan kejadian kemalangan sehingga menyebabkan kematian dalam kalangan pengguna jalan raya yang melibatkan haiwan ternakan yang berkeliaran. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya