MyFundAction agih barangan makanan bernilai RM266,000 - Utusan Malaysia

MyFundAction agih barangan makanan bernilai RM266,000

Ahmad Umair Zulkefli (tengah) menyerahkan barangan makanan kepada Penguasa Penjara Pokok Sena, Nor Hazran Che Abdullah sambil diperhatikan Naib Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Amirul Syahir Musa (dua kiri) di Penjara Pokok Sena, Alor setar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), MyFundAction menyumbang sebanyak 40,000 kotak barangan makanan bernilai kira-kira RM266,000 kepada penduduk di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan pandemik Covid-19 sejak Mac lalu.

Pengurus MyFundAction Cawangan Utara, Ahmad Umair Zulkefli berkata, sumbangan yang disampaikan itu merupakan hasil kutipan derma daripada rakyat Malaysia dalam tempoh tersebut.

Menurut beliau pada setiap bulan, pihaknya mengagihkan sebanyak 5,000 kotak barangan makanan kepada penduduk terutama golongan asnaf dan kurang berkemampuan di kawasan zon merah.

“Setiap kotak barangan makanan yang mengandungi beras, tepung gandum, gula, susu pekat manis, sardin, kicap, sos cili, minyak masak, makanan siap dimasak (smile pack), teh, minuman coklat, bihun dan garam yang bernilai RM150,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan 100 kotak barangan makanan anjuran MyFundAction dan Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah kepada kakitangan Penjara Pokok Sena di sini hari ini.

Yang turut hadir Naib Pengerusi GPMS Kedah, Amirul Syahir Musa dan Penguasa Penjara Pokok Sena, Nor Hazran Che Abdullah. 

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Pokok Sena yang membabitkan seramai 3,262 tahanan dan 587 kakitangan bermula pada 11 Oktober lalu dan dilanjutkan sehingga 7 November ini.

Naib Pengerusi GPMS Kedah, Amirul Syahir Musa pula berkata, pihaknya menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada 700 orang penduduk di negeri ini termasuk Penjara Pokok Sena sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

“Sumbangan GPMS kepada Penjara Pokok Sena ini merupakan fasa kedua bagi meringankan beban kakitangan penjara tersebut,” katanya lagi.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya