Muhyiddin perlu pertimbang tawaran jawatan TPM  - Utusan Malaysia

Muhyiddin perlu pertimbang tawaran jawatan TPM 

ISHAM JALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa memperhalusi semula tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak menimbulkan perbalahan dan perpecahan dalam kalangan pemimpin dan ahli parti.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berkata, pihaknya menyambut baik tawaran itu tetapi pada masa sama perlu diperhalusi dengan lebih mendalam dan bukan secara tergesa-gesa.

Menurutnya, tindakan Muhyiddin selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meletakkan syarat agar jawatan berkenaan tidak diberikan kepada Ahmad Zahid jelas melanggar prinsip parti. 

“Saya yakin akan wujud perbalahan dalaman UMNO yang boleh membawa kepada perpecahan di peringkat akar umbi. 

“Sudah pasti ahli parti gagal menerima keputusan ini apabila presiden parti  diketepikan secara paksa oleh pihak luar terutamanya oleh Bersatu,” katanya dalam laman sosial Facebooknya hari ini. 

Beliau berkata demikian selepas wujud khabar angin mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada UMNO, namun tawaran itu bersyarat iaitu Muhyiddin tidak mahu menerima Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulas perkara itu lagi, jelas Isham, tawaran tidak masuk akal itu bakal memberikan kesan kepada kedudukan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

 “Oleh demikian, lebih baik jika tawaran-tawaran daripada Presiden Bersatu kepada UMNO itu ditawarkan secara tidak bersyarat kerana nampak lebih ikhlas,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya