MBSA laksana sanitasi di kawasan tumpuan - Utusan Malaysia

MBSA laksana sanitasi di kawasan tumpuan

SEORANG petugas MBSA melakukan kerja sanitasi di lokasi sekatan jalan raya di Shah Alam, semalam. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil langkah inisiatif dengan melakukan kerja-kerja sanitasi lokasi sekatan jalan raya dan di Balai Polis Seksyen 6.

Ketua Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya juga melakukan kerja-kerja sanitasi di sekatan jalan raya di Seksyen 7 dan Seksyen 26.

“Aktiviti sanitasi tersebut dilaksanakan oleh petugas daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran MBSA,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, tambah Shahrin, pihaknya akan kerap melakukan proses sanitasi di kawasan yang selalu dikunjungi ramai orang.

“Balai polis dan kawasan sekatan jalan raya antara tempat yang sering dikunjungi dan dilalui orang ramai. Oleh itu kawasan tersebut diutamakan selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor.

“MBSA juga melaksanakan pemantauan  bagi memastikan premis perniagaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di sekitar Seksyen 18 Shah Alam juga pada hari yang sama,” ujarnya.

Katanya, buat masa ini pihaknya masih meneruskan pemantauan dan memberi nasihat kepada orang ramai sebelum tindakan kompaun dikenakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN