Mayat warga asing ditemukan dalam longkang - Utusan Malaysia

Mayat warga asing ditemukan dalam longkang

Mayat warga asing yang ditemukan orang awam di sebuah longkang di Jalan Bestari 2A/KU7, Sungai Kapar di sini baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Satu mayat lelaki warga asing dipercayai mangsa bunuh ditemukan di dalam sebuah longkang di Jalan Bestari 2A/KU7, Sungai Kapar di sini baru-baru ini. 

Mayat lelaki berusia berusia 50an itu ditemukan dalam keadaan tertangkup pukul 1.19 tengah hari Ahad lalu. 

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, mayat lelaki itu ditemukan oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut. 

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati lelaki itu yang mempunyai ketinggian hampir 170 sentimeter dan berjambang panjang sehingga ke dada. 

“Ketika ditemukan juga, lelaki ini memakai pakaian jenis kurta berwarna ungu dan seluar pendek berwarna putih hingga ke paras lutut.

“Kita percaya mayat tersebut telah dibuang lebih kurang seminggu sebelum ditemukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Difahamkan, keadaan mayat yang tidak sempurna itu menyebabkan kesukaran untuk melihat kecederaannya yang dialami mangsa. 

Tambah Nurulhuda, kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

“Kita kini sedang giat mengesan saksi bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki warga asing.

“Pihak polis meminta sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini tampil untuk memberikan maklumat bagi membantu siasatan di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Utara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya