Mayat ditemukan rentung dalam kereta - Utusan Malaysia

Mayat ditemukan rentung dalam kereta

KEADAAN kenderaan SUV yang hangus dalam kejadian kebakaran di kawasan semak bersebelahan Jalan Airport City di Kota Warisan di sini, awal pagi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG : Satu mayat ditemui rentung di bahagian penumpang hadapan kenderaan utiliti sukan (SUV) selepas kenderaan itu terbakar di kawasan semak bersebelahan Jalan Airport City di Kota Warisan di sini, awal pagi semalam.

Mayat berkenaan ditemukan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) selepas kerja-kerja memadamkan kebakaran kereta Toyota Harrier itu pada pukul 4.47 pagi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof  berkata, pihak polis menerima maklumat selepas panggilan dibuat seorang lelaki Melayu melalui 999 memaklumkan dia terdengar bunyi letupan pada pukul 3.30 pagi.

“Saksi yang tinggal di asrama beralamat Jalan Airpot City 2, telah turun ke bawah dan ternampak api marak dari dalam hutan yang terletak di sebelah asrama berjarak 20 meter.

“Pasukan siasatan kemudiannya telah ke lokasi kejadian dan mendapati sebuah kereta Toyota Harrier telah hangus.

“Kebakaran kereta kemudiannya telah dipadamkan oleh pasukan Bomba BBST dan terdapat mayat yang rentung di bahagian penumpang hadapan,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, hasil daripada siasatan ditempat kejadian mendapati, mayat rentung sepenuhnya dan terdapat kesan kebakaran lingkungan 10 meter daripada kereta.

“Selain itu, berdasarkan chasis, kereta disahkan jenis Toyota Harrier, milik seorang lelaki India,”katanya.

Menurutnya, berdasarkan kepada pemeriksaan forensik patalogi dari Hospital Serdang, keadaan mayat rentung 90 peratus memerlukan bedah siasat secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca kematian.

“Mayat dalam proses dikeluarkan oleh pihak bomba kerana mayat melekat dengan cairan kereta.

“Pemeriksaan oleh pasukan forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor masih dalam tindakan dan bedah siasat akan dijalankan esok,”katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya