Maritim Malaysia tahan dua lelaki tempatan - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia tahan dua lelaki tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua lelaki warga tempatan kerana disyaki berada dalam keadaan mencurigakan di Perairan Johor Timur, semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd. Zulfadli Nayan berkata, sebuah bot gentian kaca dikesan pihaknya dengan disyaki bergerak daripada perairan Indonesia ke Sungai Rengit.

Katanya, sebuah aset bot ronda Maritim Malaysia yang sedang dalam Op Benteng Laut kemudian berjaya memintas bot tersebut pada pukul 10.10 malam di kedudukan 0.6 barat Sungai Rengit.

“Hasil pemeriksaan lanjut kedua-dua suspek yang berumur 44 dan 42 tahun seperti berada dalam pengaruh dadah.

“Ujian air kencing kemudiannya dilakukan dan menunjukkan kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine serta amphetamine,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya lagi, mereka disyaki berjaya melupuskan bahan bukti lain ke laut semasa menyedari kehadiran Maritim Malaysia.

“Mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau menegaskan, Maritim Malaysia ingin memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menjadi tali barut atau pengkhianat negara dengan melakukan sebarang pelanggaran undang-undang.

“Ia khususnya dalam aktiviti penyeludupan migran kerana tindakan akan diambil tanpa kompromi dengan mana-mana pihak,” katanya lagi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya