Mangsa kemalangan berkecai digilis kenderaan - Utusan Malaysia

Mangsa kemalangan berkecai digilis kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG: Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila tubuhnya hancur digilis beberapa kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 295.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini ini.

Dalam nahas tersebut, Hew Kim Hing, 40, yang menunggang motosikal jenis Demak maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.54 pagi.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, didapati terdapat seorang mangsa lelaki dalam keadaan badan berkecai digilis kenderaan dan maut di tempat kejadian.

“Anggota melakukan pembersihan jalan dengan mengumpul cebisan badan mangsa dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Kita mengambil masa kira-kira 45 minit bagi mengutip cebisan  tersebut dan operasi tamat pada pukul 6.36 pagi,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN